Tuesday 10 December 2013

Anak-anak acuan cerita Sang Kancil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Sejak akhir-akhir ini banyak masa diluangkan dengan membaca buku-buku keibubapaan. Ilmu keibubapaan berdasarkan pengalaman manusia lain mencelikkan aku dan meletakkan aku untuk berfikir dari sudut minda seorang ibu. Pasti ada yang hairan, kenapa baca buku keibubapaan? Sudah ingin berumahtangga ke?

Aduh, jika kita ingin memainkan peranan sebagai seorang anak dengan cemerlang, pandangan aku kita juga perlu melihat dan berfikir dari sudut pandang seorang ibu dan ayah, mengkaji apa sebenarnya harapan ibu dan ayah pada seorang anak yang menjadi cahaya mata sebuah rumah tangga. Aku juga pernah bertanya kepada pensyarahku? Bagaimana sebenarnya seorang pensyarah berfikir?...

Ilmu ini insyaAllah tidak akan basi, insyaAllah bermanfaat untuk diri sendiri bila punya rumahtangga nanti. Sedikit garapan hasil pembacaan ku pada sebuah buku.



lompat Sang Kancil mengira buaya,
gambar google

"Cerdik", Bukan Macam Sang Kancil


Siapa suka dengar cerita Sang Kancil?
Siapa yang pernah dengar cerita Sang Kancil menyeberang sungai?
Cerdikkan Sang Kancil?

Sang Kancil berkenan dengan buah rambutan di seberang sungai, 

sang kancil pun berfikir " Bagaimana aku ingin mendapatkan rambutan yang sedang ranum di seberang sana?
Maka, Sang Kancil pun menyeruh buaya untuk berbaris kerana ingin mengira jumlah buaya yang ada di dalam sungai tersebut. Sang Kancil pun melompat dari satu buaya ke satu buaya, akhirnya sampai ke seberang sungai. Kata Sang Kancil " hahaha.. padan muka kamu semua, sebenarnya saya mahu memakan buah rambutan ini!"

Sang Kancil Bijak? atau Sang Kancil Penipu?
Tanpa sedar cerita ini adalah cerita wajib yang ada di setiap pra-sekolah, bacaan umum anak-anak di awal usia mereka yang pada ketika ini sedang mencari identiti.
Anak-anak di suap dengan cerita Sang Kancil bijaksana, Sang Kancil pandai, Sang Kancil menyelesaikan masalah tetapi Sang Kancil sangat licik dan menipu.

Maka tidak hairan jika hari ini berapa ramai golongan yang berketerampilan bijaksana, pandai, menyelesaikan masalah, tapi menipu, licik dan memanipulatif masyarakat. Jenayah kolar putih kini pilihan golongan-golongan yang di angkat, menyembunyikan jenayah pada pangkat, mungkin inilah hasil acuan cerita Sang Kancil. Sang Kancil mungkin lebih baik kerana pada akhirnya mengaku kesalahan dan memberitahu bahawa dia telah menipu mangsanya.

Ibu bapa, anda sedar atau tidak, anda antara pembuat keputusan dalam memilih bahan bacaan anak-anak.

Wednesday 16 October 2013

"Penculikkan" ke Bumi Sintok

sengaja buat tajuk entri kali ini seperti melakukan jenayah berat.. hehehe...

Hari Raya AidilAdha

Maknanya hampir genap setahun blog ini diwujudkan(perlu diraihkan kah? tak perlu, cukup sekadar dimeriahkan dengan penulisan bermanfaat di dinding blog ini.. hehehe ^_^)

Kembali berhari raya...
Tahun ini tahun ke-4 beraya diperantaun..

Memilih bumi Sintok, bersama-sama Family Markas Siswa Siswi Islam Sabah(MARSIS) meraikan program Lambaian Hari Raya Korban 3.0 (LAMBAN 3.0) pada 10 Zulhijjah 1434.

Poster LAMBAN 3.0
LAMBANG adalah aktiviti tahunan MARSIS yang bertujuan mengumpulkan seluruh anak-anak Sabah yang tidak kembali ke Sabah bagi meraikan Hari Raya Korban di tanah Semenanjung.
Apa kaitan raya dengan kes "penculikkan"? hehehe

sahabat yang menjadi mangsa "penculikkkan" ke bumi Sintok

Musafir kali ini ditemani olah dua orang sahabat yang bersama-sama di Kolej Matrikulasi Labuan(KML) dan kini kami di kampus yang sama.

Berada dikampus lain a.k.a menjadi tetamu di kampus lain membawa kepada kebosanan bilamana kita tidak berkomunikasi dengan sahabat-sahabat lain. Tapi, memulakan bicara perkenalan(taa'ruf) dengan sahabat-sahabat lain diruang dapur masakan cukup mewarnakan pengalaman kali ini. 
Kebosanan itu dimatikan bilamana kita mula berkomunikasi. ^_^
“Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Menu-menu Jamuan Lamban mengikut sejarah-sejarah Lamban sebelum ini akan dimasak bersama-sama anak-anak Sabah iaitu makanan-makanan tradisi Sabah. Aku merasakan seperti berada di kedutaan Malaysia jika berada di laur negara, hehehe... berada di kedutaan Sabah, makan makanan tradisi di perantauan...
masak bersama menu-menu di atas
Muslimin

Muslimat

Mengikat Burasak 
masak-memasak
Pesanan sebelum kembali ke kampus :
"Kak Ros, ukhwahfillah abadan abada, insyaAllah"


alhamdulillah ^_^

#MARSIS bukan hanya untuk geng tudung labuh atau geng berkopian, tapi untuk semua, MARSIS DEKAT DI HATI


Tuesday 8 October 2013

Pelajar Tahun Akhir

Lebih kurang sebulan yang lalu memulakan sem baru sebagai pelajar tahun akhir pengkhususan Sains Matematik. Eh dah tahun akhir, rasa baru sahaja mendaftar diri (perasaan seperti itu biasa) hehehehe

Sem ini ambil subjek : 

Subjek sem 1, tahun 3
Sebenarnya sebelum ini ambil subjek ELECTRICITY AND MAGNETISM daripada Pusat Pengajian Fizik sebagai subjek teras tambahan. Tapi pagi tadi baru sahaja mendapat kebenaran daripada timbalan dekan untuk menukar subjek teras tambahan tersebut kepada subjek LOGIC & APPLICATION daripada Pusat Pengajian Sains Komputer. Masa fikir nak tukar dan bagi tahu dekat kawan-kawan yang ambil subjek fizik tu, dorang agak terkejut dan hairan, pelbagai respon dorang 

"Atin tanya sekali lagi, betul kah nak tukar ni? serius? apasal?"
"Eh,  betul kah ni, dah masuk minggu ke 4 dah ni..."

Akhirnya, hari ini, alhamdulillah dapat menukar subjek tersebut. Ada beberapa sebab kenapa aku mengambil keputusan menukar subjek tersebut:
  1. Merasakan tidak mampu untuk membawa subjek Fizik, rasa dah banyak yang lupa...huhuhu.. tak lestari langsung la ilmu aku ni..huhuhu
  2. Hari tu sembang dengan seorang Prof. dekat pusat pengajian aku, dia tawarkan untuk buat minor projek di bawah di sem hadapan, dan aku fikir mesti banyak menggunakan programing. Jadi  kalau ambil Logic, insyaAllah membantu.
  3. Pengkhususan aku tidak diwajibkan mengambil final year project. Jadi aku tidak terlibat di dalam proses membuat penyelidikan, sebab itu nak ambil pengalaman daripada minor projek yang akan datang.
  4. Hari itu jugak, terserempak senior-senior yang sambung master, tanya dekat dorang, dan dorang sangat galakkan ambil minor projek sebab berguna untuk master jika nak sambung belajar.
#tahun ni sebilik dengan junior tahun pertama... hehehe
#hari interaksi untuk super junior aku dah berlalu minggu lepas..
#esok ada test Real Analysis,test pertama untuk sem ini, doakan aku teman-teman....
#masa nak test baru ada idea nak tulis dekat dinding blog ini, dah berhabuk blog ini tidak di update

Junior-Junior Tahun 2

Sahabat-sahabat tahun 3, Aku jadi AJK KESELAMATAN



SENIOR-JUNIOR-SUPER JUNIOR

Wednesday 11 September 2013

hulur: aku,kamu,kami,dia mereka adalah pelakon

langit itu indah, sahabat





aku jatuh kau hulur tangan, 

aku nangis kau hulur semangat,  

aku gembira kau hulur peringatan, 

saat ku tak siap assigment kau hulur masa bersama bersengkang mata, 

saat tak print nota kau hulur nota untuk diphotostet, 

saat ku loading terhadap teori-teori matematik kau hulur tunjuk ajar, 

saat masuk waktu solat kau hulur ruang untuk solat berjemaah, 

saat ku lapar kau hulur bubur, 

saat ku dahaga kau hulur teh o ais, 

terima kasih






Friday 21 June 2013

Sebentuk Itu, Pelbagai Tafsirannya

bentuk yang pelbagai
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Setiap hari kita akan melihat pelbagai bentuk-bentuk,
Jam dinding berbentuk bulat,
Cermin berbentuk segi empat tepat,
Buku ada yang berbentuk bulat, segi empat tepat dan sebagainya
Perangai manusia juga hasil daripada bentuk didikan.

Namun sebentuk itu ingin diberi kepada SEBENTUK CINCIN

Ada apa dengan cincin?

Pada sebentuk cincin itulah lahir pelbagai tafsiran manusia, sehingga membawa kepada status si pemakai,

Jika di jari manis disarungkan, maka lahirlah tafsiran-tafsiran

Sudah bernikahkah? Tidak jemput pun..

Sudah bertunangkah? Jangan lupa panggil, kami pun mahu rasa nasi minyak..

Cerita pada zaman matrikulasi ku dan aku merasakan kisah ini masih terjadi ketika zaman menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi..
Aku bertanya kepada seorang sahabat mengenai cincin di jari manisnya, " Sudah orang ikat kah?". 
Sahabat tersebut menjawab "Wanita ini hatinya senang dibuai rasa indah-indah, Syaitan suka menjentikkan ke dalam hati angan-angan panjang, memakai cincin ini tanda aku belum bersedia untuk dipinang oleh mana-mana lelaki. Takut nanti ketika lamaran dalam keadaan belum bersedia itu datang, aku dibuai angan-angan kosong yang berpanjangan, aku bukan wanita yang kuat hatinya". 
Sebentuk cincin itu sebagai  langkah berjaga-jaga sahabatku...

Membaca kitab Syamail Muhammad s.a.w., Keperibadian Rasulullah karangan Imam al-Tirmizi ada dibincangkan mengenai Cincin  Rasulullah s.a.w. dan Cara Rasulullah s.a.w. mengenakan Cincin
Cincin Rasulullah s.a.w. :
Anas bin Malik meriwayatkan, maksudnya: " Cincin Rasulullah s.a.w. terbuat dari perak dan batu cincinnya berasal daripada Habsyi" (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

Cara Rasulullah s.a.w. Mengenakan Cincin:
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, bermaksud :" Rasulullah s.a.w. mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i, dan Ibnu Hibbani)

Memakai cincin itu sunnah apabila mengikut keperibadian Rasulullah s.a.w.

Cerita sebentuk cincin dengan keluargaku, mak cik saudara
Aku meminta untuk dibelikan sebentuk cincin "Tante(mak cik), kalau beli cincin ok kah?".
Jawab mak cik ku " Tidak perlu lah nak, nanti tiada lelaki yang mahu masuk meminang sebab ingat kau sudah ada orang lamar"
Jodoh bukan terletak pada sebentuk cincin, jika benar dan pasti lelaki/wanita itu berjodoh, insyaAllah perancangan Allah yang terbaik, pasti akan bersatu dua insan itu di atas ijab dan qabul pernikahan.

Niat memakai cincin itu kerana Allah, tingkah laku memakai cincin itu perlulah hasil contoh akhlak Rasulullah s.a.w.

# hujung-hujung sidang begini, akan ada berita gembira pernikahan senior ^_^.. barakallah

berbentuk bulat hiasan jarinya
sebentuk cincin, pelbagai tafsirannya




Sunday 9 June 2013

PAKATAN

Pelajaran Lepas Yang Perlu Ditamatkan dan Di Praktikan
Tangan adik lelaki ku itu, jadi tangannya  bukan aurat,
suruh dia belajar menjahit juga,
lelaki pun kena tahu asas menjahit ya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Alhamdulillah minggu lepas adik-adik Lina dan Nani mula kuliah di Kolej Matrikulasi Labuan(KML). Lina senior kepada Nani, disebabkan tempoh pengajian Lina dua tahun, jadi Lina berbaki setahun lagi. Hujung minggu lepas, dorang SMS yang dorang keluar pergi bandar, mahu beli keperluan harian dan bayar yuran pengajian. Untung Nani, ada kak Lina yang boleh teman pergi bandar, boleh bawa jalan-jalan, masa kak Ros dengan kawan-kawan sahaja, memang perlu berdikari. Petang tu, Lina SMS :

LINA: Assalamualaikum kak, ada aku jumpa kain baju kurung yang cantik, harganya pun berpatutanlah.
Kak Ros: Waalaikumsalam, di mana? Kenapa, mahu buat baju kah? (masa ini aku fikir, airk, adikku ni, baru sahaja mula belajar, takkan nak tambah koleksi baju kuliah.... hehe.. intonasi pun garang) 
LINA: Eya, untuk raya...hehehehe 
Kak Ros: Amboi awalnya hahaha... kakak tengok dulu... 
LINA: hahaha... Cantik kainya... 
Kak Ros: JOM KONGSI DUIT BELI MESIN JAHIT, RAYA INI KITA JAHIT BAJU RAYA SENDIRI... ( tiba-tiba dapat idea untuk berpakat dengan adik-adik yang lain beli mesin jahit, maka cadangan pun diusulkan. Biasanya ibu bapa yang akan membeli kemudahan di rumah, tapi bagi aku....mungkin sebab aku ini kakak yang sulung, aku merasakan kami sepatutnya sentiasa belajar berdikari dan bersama-sama membuat sesuatu untuk manfaat ahli keluarga semua, bukan tunggu mak dan ayah suap kemudahan rumah sahaja, sebab itulah lahirnya cadangan membuat PAKATAN, aku juga mahu adik-adikku ini bersama-sama membuat keputusan, beri cadangan dan yakin diri mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikkan keluarga. Dengan itu lahirlah kemesraan dan nikmat manisnya ukhwah antara ahli keluarga dapat dirasakan bersama. Perlu untuk adik-adikku tahu "Hidup ini juga bererti perlu untuk MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN" )
LINA: Pandai kah kak? (amboi.. nak pertikaikan kebolehan kak ros la tu... sebenarnya, Lina tahu, aku tak mahir lagi menjahit, sebab pelajaran menjahit masa cuti sem lepas tidak tamat lagi..hehehe) 
Kak Ros:  Makanya, cuti sem ini sehingga ramadhan sambung belajar menjahit, hehehe.. 
LINA: Ow.. ya lah...

Ringkasan SMS aku dengan adik ku, Roslina...

Selepas habis minggu peperiksaan, insyaAllah akan bercuti semester dan balik ke kampung halaman. Alhamdulillah, rancangan sepanjang cuti semester telah direkodkan tetapi tertakluk pada perubahan. Dua bulan cuti, banyak kerja yang boleh dibuat, pengalaman berprogram di kampus perlu diaplikasi semasa cuti semester ini di medan masyarakat. Perlu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat di kampung halaman, usrah antara adik-adik remaja dan sekolah perlu disertai, pengalaman perlu di kongsi bersama. Buat ADIK-ADIKKU, kak Ros dah ada perancangan yang melibatkan kamu semua, bersedia untuk bersama-sama.... ^_^
Jadual Exam Sem 2012/2013

Sebelum itu, Doakan kak Ros diberi kejayaan dan ketenangan untuk peperiksaan yang akan ditempuh. Selalu ingatkan diri, 
"Ukhwah dan kemesraan antara ahli keluarga itu, semangat yg cukup ampuh"

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Surah At Tahrim, Ayat 6]


Sunday 19 May 2013

Forum "MANISNYA KAHWIN MUDA"

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

hujung minggu ini diberi kesempatan untuk menghadiri
forum "MANISNYA KAHWIN MUDA" anjuran Rancangan Khidmat Masyarakat USM
bersama ahli panel Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Saudara Hilal Asyraf

poster program
promosi program telah berlangsung 3 minggu awal sebelum program berlangsung
sebenarnya bila tanya hati " nak pergi ke tak program ini?"
bila masuk bab perkahwinan, tiba-tiba timbul rasa malu, mungkin kerana diri belum bersedia memikirkan alam perkahwinan, maka bila sahabat-sahabat mempelawa ke program ini, rasa malu untuk menghadirkan diri. Apabila memikirkan kembali, aku nak pergi tuntut ilmu kenapa nak malu, walaupun bukan masa untuk memikirkan alam perkahwinan, insyaAllah ilmu ini mampu diguna saat mula kearah alam perkahwinan. berpegang pada prinsip:
DARIPADA ILMU ITULAH LAHIRNYA KEFAHAMAN
akhirnya, bersama-sama sahabat yang lain membeli tiket forum

tiket forum


rakan sebaris kerusi
sepanjang mendengarkan cerita dan kupasan ahli panel, diri ini sangat tertarik dengan ucapan Saudara Hilal yang maksudnya lebih kurang:
"Hari ini kita asyik mengatakan susahnya nak kahwin, nak minta keluarga agar turunkan nilai wang hantaran, nak minta kebenaran nak berkahwin pada usia muda, namun tanya kembali pada diri, sebenarnya kita tidak membina kepercayaan antara ibu dan ayah kita, bagaimana mereka hendak memberi kepercayaan kepada kita untuk mendirikan rumah tangga, bila saat kita hendak bernikah baru hendak berbincang, baru cari ibu dan ayah, kenapa kita tidak mencari ibu dan ayah di saat kita mula mencari pasangan hidup, minta pendapat mereka, berbincang pada mereka siapa bakal calon menentu mereka"
betul, sangat bersetuju dengan padangan saudara Hilal, perkahwinan itu bukan kita bina hubungan dengan pasangan kita sahaja, tetapi dengan keluarganya, masyarakat setempanya, negerinya dan seluruh yang berkait dengan dirinya.

beristikarahlah, pintalah pada PENCIPTA CINTA, berusahalah, rancanglah dan tetapkanlah matlamatmu sebelum berumahtangga, agar kita bersedia menjadi pendamping di sisi sosok seorang suami/isteri. Usaha Rumahtangga itu bermula disaat kita MULA memilih pendamping diri sebagai watak dalam melakar sejarah warna-warni perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nuur 24:26)

Ayuhlah menjadi yang baik jika bercita-cita mencari yang baik sebagai pasangan, itulah usaha sebelum berkahwin.

pesanan buat diri dan sahabat-sahabat,
"jika diri belum bersedia, jangan asyik berangan-angan keindahan dan kemanisan alam perkahwinan, sungguh syaitan itu sangat senang menjentikkan rasa kemanisan tersebut sehingga kita terus dibuai bersama angan-angan indah, lupa akan memikirkan sang PENCIPTA CINTA, kerja dakwah itu banyak lagi perlu digiatkan
Rasulullah S.A.W juga telah mengingatkan kita dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
" Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."
 (Hadis riwayat Ibnu Abiddusya)
berdoalah, agar Allah hadirkan rasa cinta atas keimanan di saat diri kita bersedia, kerana bukan usia yang menjadi ukuran dalam nilai masa untuk bermula memikul amanah menjalani alam berumahtangga. 

insyaAllah memilih jalan berhubung menggunakan orang tengah itu lebih memelihara untuk mencapai redah-NYA dalam meniti baitulmuslim

suka jika forum tersebut dihadiri oleh anak muda lelaki, perempuan dan golongan ibubapa


perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta,kasih sayang, tanggungjawab dan peranan

#bukuAKUterimaNIKAHNYA





Wednesday 1 May 2013

anak cilik: semoga menjadi seorang hafiz

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

aku merajinkan diri meihat kembali memo-memo yang tersimpan di telefon ku
tertarik pada memo ini yang bertarikh dan bertempat semasa memo ditulis

belajarlah si cilik
gambar sekadar hiasan hasil carian melalui google

#27.03.2013
#6.30pm
#Masjid Al-Malik Khalid

Si cilik khusyuk mendengarkan ibunya yang sedang mentasmik hafazannya  bersama rakan-rakan ibunya

memerhatikan ibunya
khusyuk mendengar bacaan ibunya
meneliti bait-bait lantunan hafazan ibunya

itu sudut pandangan mataku yang berada di hujung masjid
anak itu ku kira berusia dalam lingkungan 3 atau 4 tahun
walaupun si cilik itu tidak memahami
sekadar mendengar

cara seorang ibu mendidik anaknya
secara semula jadinya 
ibu, sosok insan untuk diteladani


mempunyai keturunan yang baik sangat didamba dalam sebuah keluarga

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"
(A-li Imran : 38)


doaku buat si cilik
"semoga menjadi seorang hafiz anak kecil"


Monday 15 April 2013

milikilah paradigma Kaya, sulamilah erti "Islam sebagai ad-din" dalam perniagaanmu


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

mengingati langkah pertamaku menjual dadih pada bulan ramadhan  di sekitar kampung ku..
"adakah orang mahu beli dadih tu nak?" tanya ayahku..
"dak pa pak, kita jual saja dulu, kalau dak da org beli kita makan buka puasa ramai-ramai" jawab ku
dadih yang dapat dijual hanya dua sahaja.. hehe.. (jualan pertama)
ahli keluargaku jatuh cinta dengan dadih apabila pertama kali aku masakkan untuk dorang terutamanya adikku no.2 lina,
setiap kali dia cuti matrik, sebelum balik dia akan telefon,
"kak, masakkan aku dadih nanti ya"katanya
"ok, bah".. kata ku,
dan ibu ku akan masakkan dia sup ayam, sebab itu makanan kegemarannya..
dan pertama kali aku belajar masak dadih ketika masak bersama sahabat-sahabat di bumi USM..
terima kasih kerana mengajar..

selepas itu, aku tidak jual dadih sudah,
masak untuk keluarga sahaja...
bukan putus asa untuk berniaga,
aku cuba ceburkan diri ke perniagaan lain,
dan alhamdulillah,
Milik Allah rezeki setiap hambaNYA..


sewaktu aku ingin memulakan perniagaan bersama adik-adikku,
antara perkara yang aku lakukan adalah membentangkan plan perniagaanku kepada ibu dan ayahku,
biar usaha ku yang sedikit ini dalam redha dan pengetahuan kedua ibu dan ayahku,
aku cuba terangkan dari hal-hal modal sehinggalah kaedah pemasaranku
alhamdulillah
ibu dan ayah memberi kepercayaan..
penghargaan besar buat diriku bila ibu dan ayah beri kepercayaan berdiri diatas kaki sendiri,
mula melatih diri bertanggungjawab dan memikul amanah dalam mencari rezeki..
insyaAllah, dian akan jaga kepercayaan yang diberikan

sekadar berkongsi,
antara perkara asas dan kukira polisi dalam aku laksanakan perniagaan ini ialah:
1. menggunakan modal sendiri, tanpa meminta kepada kedua ibubapaku atau sesiapa pun
2. jangan sesekali BERHUTANG untuk membeli barang-barang perniagaan
3. jangan sesekali BERHUTANG untuk membeli barang-barang perniagaan
4. jangan sesekali BERHUTANG untuk membeli barang-barang perniagaan

alhamdulillah..
setakat ini berjalan dengan baik, walaupun keuntungan biasa-biasa sahaja

oh ya,
sebelum aku mula, aku beli dan baca buku ini dulu

mencari role model



Islam banyak melahirkan tokoh-tokoh yang boleh kita contohi,
Sahabat Baginda Rasulullah s.a.w bernama Abdul Rahman Bin Auf cukup terkenal, seorang jutawan..
jutawan yang TIDAK LOKEK dan TIDAK BERKIRA menyumbang harta untuk pembangunan Islam

kita punya role model,
bah, INI KALI LAH kita contohi beliau


::memimpin tranformasi::
::milikilah paradigma Kaya::
::sulamilah erti "Islam sebagai ad-din" dalam perniagaanmu::


Sunday 31 March 2013

Pandangan: Kosong.. Kosong...

kosong.. kosong
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

tajuk entry seolah-olah nak nyanyi sebuah lagu yang sedang popular di laman Utube..
kosong....kosong...

nak cerita apa mengenai lagu ini..

kebelakangan ini,
nikmat masa lapang dimanfaatkan untuk membaca sebuah buku..
mata dan hati tertarik pada suatu sudut muka surat

minda cuba memahami dan membuat kesimpulan...

dan

kesimpulannya...
FITNAH TANPA SEDAR

ya..
cuba untuk membawa diri berfikir
antara fitnah tanpa sedar yang dihadapi adalah melihat maksiat dengan padangan kosong.. kosong
mana pergi rasa benci dan gusar...
jika setiap hari dihamparkan dengan berita-berita jenayah dan  kemaksiatan
lama-kelamaan hati menganggap perkara yang normal
rasa benci dan gusar kian dikikis
yang tinggal hanyalah pandangan kosong-kosong...
tengok bangsa sendiri buat maksiat
boleh pulak ada rasa
"SEGANLAH NAK TEGUR"
duhai hati..
ciptalah keberanian..
sulamkanlah rasa benci sekurang-kurangnya..
jangan terbawa-bawa dengan keadaan biasa
dengan hamparan berita kemaksiatan..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith;

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”
bermula dengan mereka yang ada kuasa...
ermmm...banyak lagi kelab malam kat negara ini..bila nak tutup..bila nak hapuskan lesen perniagaan ni..
mampukah perniagaan ini menyumbang ke arah melahirkan bangsa yang berilmu, berfikir, bersama-sama membangun?? kah kita nak lahirkan bangsa yang hanya menerima bantuan dan sumbangkan ke jalan hiburan yang berlebih-lebihan dan "(hiburan yang bermanfaat??)"..??
itu satu hal..
kemudian dengan mulut/lisan
dan cegah dengan hati..
apabila hati pun melihat maksiat dengan padangan kosong..
tak tahulah nak letak hati berada dalam kumpulan mana..
jiwa kosong???
turutan penilaian apabila kita melihat kemaksiatan:  hanya pandangan peribadi dalam membuat kesimpulan penilaian 
1. aku ada kuasakah?   (tiada)
2. berbicara secara lisan?
3. padangan kosong atau benci dan gusar?
tapi aku seperti terus memilih yang ke-3 tanpa menilai mengikut turutannya..
jadi yang berkuasa guna kapasiti kuasa anda, yang berilmu dan mampu berhujah optimumkan bicaranya, yang ada hati.. jangan padang kosong sahaja..
::jom Tolak Pandangan Kosong::
::jom Tukar kepada yang betul::
::bila lagi, INI KALILAH::
::meluahbicaraminda::

Thursday 28 March 2013

PRAMUGARI

musafir di awan biru



Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih

Pramugari...
cita-cita si anak kecil..
jika dahulu si anak kecil itu terlalu beria-ria menjadi pramugari
di belakang buku rekod akademik pelajar ketika sekolah rendah
ditatap kembali...
ruangan cita-cita di renung dan teliti ..
dahulu si anak kecil mengimpikan menjadi seseorang pada masa akan datang

saya bercita-cita :

CIKGU
POLIS 
DOKTOR
PRAMUGARI

membaca rekod cita-cita si anak kecil
hati terdetik
"kecilnya dahulu sudah disemat dalam fikiran bahawa
kejayaan kehidupan insan bergantung dengan kerjaya yang dimilikinya pada masa akan datang"
Bukan
ilmu yang digarap sekian lama di bangku persekolahan bermanfaat dalam memahat kehidupan sebagai hamba-Nya, Khalifah di muka bumi, dan Beribadat kepada Maha Kuasa, Allah..

si anak kecil semakin membesar dan menongkah pelbagai macam coretan kehidupan

cita-cita masih tersemat di dalam hati..

PRAMUGARI

tapi menggunakan akal dan minda yang sedar bahawa itu tidak akan terlaksana buat jangka masa yang pendek

syarikat penerbangan yang ada di negara yang Agama Islam sebagai Agama Rasmi belum lagi mengimplimentasi ke dalam budaya kerja syarikat penerbangan

sekarang yang perlu dilakukan ialah
Pemilik syarikat penerbangan perlulah Pemimpin yang Faham Islam secara Syumul
seterusnya mampu mengubah dan menggantikan polisi yang sedia ada terhadap seorang pramugari

PENTINGNYA SESEBUAH TAMPUK KEPIMPINAN DIPEGANG OLEH MEREKA-MEREKA YANG HATINYA,
 MENGAKUI DIRINYA SEORANG HAMBA ALLAH DAN ISLAM DI AMBIL SECARA SYUMUL


cita-cita menjadi IMPIAN PERUBAHAN

::musafirawanbiru::





Sunday 10 March 2013

Peragaan Beg Universiti

gambar beg

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang, Maha Penyayang

Karnival Jom Masuk U telah melabuhkan tirainya, kali ini kali kedua aku merajinkan diri mengunjungi karnival seperti ini..
Berlangsung di kampusku selama dua hari...
meriah
Pagi itu, sahabat mesej "nak turun padang kawat tak, nak pergi karnival, jom"..
"ok..", 5 orang merajinkan diri turun ke padang kawat...sila bawa payung cuaca tak menentu...
"wah ada belon besar" kata si kawan..hehehe...
Masuk-masuk booth sahaja dapat beg warna biru...banyak kuanter pendaftaran secara on-line di buka...
Banyaknya orang...
Kiranya orang-orang utara ni mai Penang serbu karnival
Dalam "lautan" manusia..terdengar kata seorang ayah
"jangan la masuk universiti tu (nama sebuah universiti sebelah tenggara), jauh, cuba cari yang lain"
hati ku " hati seorang ayah, sedikit sebanyak inginkan si anak sentiasa dekat di mata, sihat kah si anak? dah makan kah?",
bagaimana hati ayahku yang setiap kali menghantar anak ini ke Airport untuk meneruskan pengajiannya di seberang lautan, mahu tidak mahu ayah ku perlu melepaskan dan berani memberi kepercayaan kepada ku(yang baru berusia 19 tahun ketika itu) menuntut ilmu di bumi asing, pertama kali dijejakkan kaki"..
itu hati kecil tapi punya kasih yang sangat besar dari seorang ayah...
teruskan cerita di karnival...
dari satu booth universiti ke satu booth universiti..
"nak tanya mengenai program master boleh?
"kami ambil sains matematik"
"berapa kelayakkan minimum?"
"jenis program pengajian?"
"universiti ada sediakan biasiswa untuk master?"
tanya si sahabat..
aku pendengar setia dan kadang-kadang menyampuk la jugak..
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putera Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Malaysia dan universiti-universiti lain...
Jalan dan teruskan berjalan...
Tiba-tiba disapa oleh seorang wakil daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..
orangnya mesra, peramah dan menjawab soalan-soalan kami yang dekat atas tu dengan cukup baik..
wakil tersebut mengeluarkan kad namanya...
"ha.. Prof., Dean of Centre for Postgraduate Studies " dengan nada agak terkejut dari kami..
Wah seorang dekan turun padang untuk bersama-sama staf menyebarluaskan info UIAM..
"rajin-rajin menuntut ilmu" nasihat prof tersebut...
pertemuan ditamatkan dengan ucapan "Assalamualaikum"
itu cerita bertemu dengan Prof.
botol air UIAM

kaki diteruskan melangkah..
Universiti Malaysia Kelantan kaki diberhentikan..
"UMK ada tawarkan master ke?"
buka risalah UMK..
tak da course postgraduate yang ditawarkan untuk course yang kami ambil sekarang..
"ambil course apa sekarang?"tanya seorang Encik H.
"Matematik, di sini" kata kami
"oh, kenal Prof. J"
"Kenal, dia timbalan dekan school kami, En. H kenal ke?" kata kami
"Kenal, ayah saya" kata encik H..
"ha, anak Prof. J wah" nada terkejut dan teruja kami..
Anak Prof. J, pensyarah di UMK...
tak sabar nak bagi tahu Prof. J yang kami jumpa anak dia...
cerita bersama En. H di booth UMK..
kaki diteruskan melangkah dalam lautan manusia yang mencari info mengenai institut pengajian tinggi di Malaysia..
Singgah di booth sebuah kolej swasta..
wakil kolej tersebut menerangkan kepada kami mengenai kolej mereka, agak lama kami di situ, aku lebih suka untuk membaca risalah mereka sambil mendengar penerangan beliau, kawan-kawanku khusyuk mendengar ucapan En. W..
Tiba-tiba aku disapa oleh schoolmate ku..
"Ros, mu buat apa kat sini?"
"aku tengah teman dorang ni, sambil dengar penerangan, ko?"
"aku, tengah cari-cari maklumat untuk adik aku yang dekat kampung?"
"oo.. bagusnya ko" sambil tangan ku naik tanda "terbaik"
seorang abang mencari maklumat untuk adik agar melangkah ke menara gading juga...
aku yang kurang ambil perhatian dengan penerangan tersebut di tanya oleh wakil ke-2 kolej tu..
"BAWA ADIK PERGI KARNIVAL KAH?"
aku pun nak tergelak, spontan aku.
"Korang, En. ni cakap korang adik aku..hehe".. kelima-lima orang pun gelak..
"tak la, kami sama umur, satu course lagi"..
"oh ya, kamu nampak matang sikit"
aku senyum sahaja..nampak di situ muka agak dewasa
ok habis kat booth tu.. terus nak keluar.. tapi hujan..
kaki di langkah ke pintu keluar...
tertarik dengan bau dari sebuah booth yang mendemostari cupcake..
"eee.. sedapnya"
"ada tak kelas jangka pendek yang ditawarkan? kelas hujung minggu?"
"En. ni pensyarah ke, pelajar"
"ada, hujung minggu, saya pensyarah" jawabnya..
kami berlima pun masuk dan terus mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus jangka pendek..
MASAKAN DAN JAHITAN
Alhamdulillah dekat dengan kolej kediaman senang sikit nak pergi kursus tu..
dapat cupcake yang tadi
ok, rasanya dah cukup..
kaki melangkah keluar..
sebelum pulang, meluangkan masa ke deretan kedai-kedai pelajar,
terserempak dengan en. wakil ke-2 kolej tadi...
"wah , kakak belanja adik ke? sapanya
"a'ah, bawa "adik-adik" ni pergi cari makanan, dorang dah lapar" balas ku..
akhirnya, kami membeli susu segar..susu baik untuk tulang...
pulang dari karnival tumpang payung orang sebab hujan rintik-rintik...

SETIAP PENGUNJUNG AKAN MENDAPAT BEG DARI PELBAGAI UNIVERSITI
BUKAN SEKADAR MENJENGUK, TAPI MENCARI MAKLUMAT
-PERAGAAN BEG UNIVERSITI-