Sunday 19 May 2013

Forum "MANISNYA KAHWIN MUDA"

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

hujung minggu ini diberi kesempatan untuk menghadiri
forum "MANISNYA KAHWIN MUDA" anjuran Rancangan Khidmat Masyarakat USM
bersama ahli panel Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Saudara Hilal Asyraf

poster program
promosi program telah berlangsung 3 minggu awal sebelum program berlangsung
sebenarnya bila tanya hati " nak pergi ke tak program ini?"
bila masuk bab perkahwinan, tiba-tiba timbul rasa malu, mungkin kerana diri belum bersedia memikirkan alam perkahwinan, maka bila sahabat-sahabat mempelawa ke program ini, rasa malu untuk menghadirkan diri. Apabila memikirkan kembali, aku nak pergi tuntut ilmu kenapa nak malu, walaupun bukan masa untuk memikirkan alam perkahwinan, insyaAllah ilmu ini mampu diguna saat mula kearah alam perkahwinan. berpegang pada prinsip:
DARIPADA ILMU ITULAH LAHIRNYA KEFAHAMAN
akhirnya, bersama-sama sahabat yang lain membeli tiket forum

tiket forum


rakan sebaris kerusi
sepanjang mendengarkan cerita dan kupasan ahli panel, diri ini sangat tertarik dengan ucapan Saudara Hilal yang maksudnya lebih kurang:
"Hari ini kita asyik mengatakan susahnya nak kahwin, nak minta keluarga agar turunkan nilai wang hantaran, nak minta kebenaran nak berkahwin pada usia muda, namun tanya kembali pada diri, sebenarnya kita tidak membina kepercayaan antara ibu dan ayah kita, bagaimana mereka hendak memberi kepercayaan kepada kita untuk mendirikan rumah tangga, bila saat kita hendak bernikah baru hendak berbincang, baru cari ibu dan ayah, kenapa kita tidak mencari ibu dan ayah di saat kita mula mencari pasangan hidup, minta pendapat mereka, berbincang pada mereka siapa bakal calon menentu mereka"
betul, sangat bersetuju dengan padangan saudara Hilal, perkahwinan itu bukan kita bina hubungan dengan pasangan kita sahaja, tetapi dengan keluarganya, masyarakat setempanya, negerinya dan seluruh yang berkait dengan dirinya.

beristikarahlah, pintalah pada PENCIPTA CINTA, berusahalah, rancanglah dan tetapkanlah matlamatmu sebelum berumahtangga, agar kita bersedia menjadi pendamping di sisi sosok seorang suami/isteri. Usaha Rumahtangga itu bermula disaat kita MULA memilih pendamping diri sebagai watak dalam melakar sejarah warna-warni perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nuur 24:26)

Ayuhlah menjadi yang baik jika bercita-cita mencari yang baik sebagai pasangan, itulah usaha sebelum berkahwin.

pesanan buat diri dan sahabat-sahabat,
"jika diri belum bersedia, jangan asyik berangan-angan keindahan dan kemanisan alam perkahwinan, sungguh syaitan itu sangat senang menjentikkan rasa kemanisan tersebut sehingga kita terus dibuai bersama angan-angan indah, lupa akan memikirkan sang PENCIPTA CINTA, kerja dakwah itu banyak lagi perlu digiatkan
Rasulullah S.A.W juga telah mengingatkan kita dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
" Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."
 (Hadis riwayat Ibnu Abiddusya)
berdoalah, agar Allah hadirkan rasa cinta atas keimanan di saat diri kita bersedia, kerana bukan usia yang menjadi ukuran dalam nilai masa untuk bermula memikul amanah menjalani alam berumahtangga. 

insyaAllah memilih jalan berhubung menggunakan orang tengah itu lebih memelihara untuk mencapai redah-NYA dalam meniti baitulmuslim

suka jika forum tersebut dihadiri oleh anak muda lelaki, perempuan dan golongan ibubapa


perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta,kasih sayang, tanggungjawab dan peranan

#bukuAKUterimaNIKAHNYA





Wednesday 1 May 2013

anak cilik: semoga menjadi seorang hafiz

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

aku merajinkan diri meihat kembali memo-memo yang tersimpan di telefon ku
tertarik pada memo ini yang bertarikh dan bertempat semasa memo ditulis

belajarlah si cilik
gambar sekadar hiasan hasil carian melalui google

#27.03.2013
#6.30pm
#Masjid Al-Malik Khalid

Si cilik khusyuk mendengarkan ibunya yang sedang mentasmik hafazannya  bersama rakan-rakan ibunya

memerhatikan ibunya
khusyuk mendengar bacaan ibunya
meneliti bait-bait lantunan hafazan ibunya

itu sudut pandangan mataku yang berada di hujung masjid
anak itu ku kira berusia dalam lingkungan 3 atau 4 tahun
walaupun si cilik itu tidak memahami
sekadar mendengar

cara seorang ibu mendidik anaknya
secara semula jadinya 
ibu, sosok insan untuk diteladani


mempunyai keturunan yang baik sangat didamba dalam sebuah keluarga

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"
(A-li Imran : 38)


doaku buat si cilik
"semoga menjadi seorang hafiz anak kecil"