Friday 13 June 2014

Lakaran Kehidupan: Cerita Dahulu Kehidupan Hari Ini.

Suatu Tugasan Kempen Untuk Kursus Kepimpinan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Kehidupan hari ini dicorakkan kesan daripada pendidikan masa lalu. Melihat kembali nota-nota kecil tulisan rasa hati., contengan warna-warna kehidupan. Rupanya, cara fikir aku hari ini banyak dipengaruhi oleh sudut pandang pengalaman kehidupan lalu. Ternyata setiap nilai pengalaman itu berharga buat penambahbaikkan nilai diri seorang manusia. Contengan di dinding blog kali ini untuk berkongsi sedikit sebanyak nota-nota kecil sisipan kehidupan lalu. Semoga nota-nota ini membangunkan nilai diriku khasnya.

 2010:
Disember, 17:  
allhamdullilah...hri nie kite msh sht...msh di beri nikmat oleh ALLAH,,,udara tuk benfs..H2O tuk minum..mata tuk melht..telinga tuk medgr...n bayk lg...ALLAH memg syg kat hamba-NYA...sayg kan ALLAH dgn kita...Tp....Kita??????????
 2011: 
June,11:  
jadilah orang yang bersyukur bukn nya bersbar..kerana org yg bersyukur itu..sentiasa berfikiran luas..org yg bersbar,,hanya menahan keperitan dan kepedihan.. apabila di timpa musibah...  
Oktober, 5:
KESEMERATAAN tak sama KEADILAN 
November, 14: 
ku lihat dlm dirimu ada bakat dan kreatif,,,tp dek krena takut dengan pndangan org lain,,,kau timbus kelibahn itu sedalam2nya,,,,berfikiran positif lah,,,sebab bakat itu adalah anugerah Yang Maha Esa,,, serlahkan la ia di jalan menuju redha-Nya tanda engkau bersyukur atas nikmat kurnian-Nya,,, 
November, 16: 
berjalan di muka bumi ini,,, ku renung kerdilnya aku sebagai seorang hamba,,,,Maha Kuasa ALLAH,,,menciptakan muka bumi ini cukup-cukup lengkap...dari hal sekecil2 zarah,,, wahai manusia lihat sekeliling mu,,,~cintaku bertasbih lagi~
2012:
Januari, 6: 
Perkahwinan bukan sekadar percintaan, namun sebuah penghidupan. Siapapun dia yg bkal mjadi raja hatimu, khabarkan padanya, jalan yang kau pilih brsamaku adalah jalan dakwah, bukan skadar mgisi kekosongan dan kesepian. Jalan ini menuntut pengorbanan,air mata, kepayahan, dan keikhlasan. Jika kau bersetuju untk bersamaku dlm perjuangan, sarunglah cincin itu dgn keizinan ibu dan ayahku. Kita akn bsama meraih cintaNya =')  
Mei, 17: 
fitrah....~~ana hamba-NYA...  
September, 4: 
salah satu sifat kepimpinan yang cemerlang adalah prihatin terhadap orang yang dipimpin... betul bukan senang jadi pemimpin,,, tapi berusahalah untuk memberi hak kepada yang memimpin dan terpimpin,,, jangan sampai yang memimpin tidak berlaku adil..  
 Disember, 18: 
patah kaki kanan, alhamdulillah ada kaki kiri..manfaatkan setiap suatu nikmat..#ya,setiap sesuatu yg Allah ciptakan tiada yg sia-sia  
2013:
Januari, 28: 
dakwah si anak muda..dakwah tak kenal masa..usia ini untuk berdakwahberpesan-pesan kearah kesabaran dan kebenaran  
 Oktober, 27: 
banyak buku tapi tak baca...kaya dengan library tapi kurang pengunjung...
sentap untuk ko ...  
November, 16: 
Saat lelaki soleh difitnah tidak amanah, saat wanita solehah difitnah berzina, saat suami soleh dikufuri isteri, isteri solehah dikhianati suami, saat pendakwah dicemu masuarakat...ketahuilah...Allah sedang berbicara kepada kamuBicara tentang SABAR dan IKHLAS..Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa sebaik mana pun ibadahmu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermaknaBicara tentang kamu adalah seorang hambaHamba yang sentiasa selayaknya diujiHamba yang seharusnya TIDAK BERSIKAP VIP memilih ujian.. 
#buku 

2014:
Januari, 13: 
Perkemaskan dan perelokkanlah diriBukan memilih untuk dicampakkan ke mana untuk berdakwahTapi walau dimana sahaja engkau berada Minda dan hati memikirkan jalan dakwahLihat debunga, padanya ada pengajarantidak memilih untuk dicampakkan tapi walau jatuh di mana sahaja melahirkan bunga-bunga yang cantik dan harummaka kita manusia yang ada akal lebih baik daripada bungapastinya lebih baik prestasinyakan?  
April, 23: 
Sering mendengar sedekah dengan harta, bagaimana pula sedekah dengan masa?semakin meningkat usia, semakin dinilai makna lailahaillallah.bagaimana engkau memanfaatkan usia mu?mati itu tidak lambat, tidak cepat   April, 28:Saya kira perumpamaan begini:Jika ingin membuat kuih kita akan pastikan acuan dalam keadaan baik agar struktur dan bentuk kuih dalam keadaan baik.Maka begitulah juga universiti, jangan kita rendahkan martabat sebuah gedung ilmu kerana program-program yang membawa kepada kerosakkan anak-anak didiknya.
yang berkuasa ada ada hak untuk membendung,yang tidak berkuasa anda ada suara untuk mengatakan tidak,yang takut bersuara anda ada hati untuk membenci maksiat
semua ada hati kan? robot je tak da hati tapi boleh hidup dengan tenaga elektrik

yang berkuasa ada ada hak untuk membendung,yang tidak berkuasa anda ada suara untuk mengatakan tidak,yang takut bersuara anda ada hati untuk membenci maksiatsemua ada hati kan? robot je tak da hati tapi boleh hidup dengan tenaga elektrikerkk... 

Tulisan tidak seberapa ini pernah hadir dalam diriku, fikiranku. 
Semoga Allah Redha

Tuesday 10 December 2013

Anak-anak acuan cerita Sang Kancil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Sejak akhir-akhir ini banyak masa diluangkan dengan membaca buku-buku keibubapaan. Ilmu keibubapaan berdasarkan pengalaman manusia lain mencelikkan aku dan meletakkan aku untuk berfikir dari sudut minda seorang ibu. Pasti ada yang hairan, kenapa baca buku keibubapaan? Sudah ingin berumahtangga ke?

Aduh, jika kita ingin memainkan peranan sebagai seorang anak dengan cemerlang, pandangan aku kita juga perlu melihat dan berfikir dari sudut pandang seorang ibu dan ayah, mengkaji apa sebenarnya harapan ibu dan ayah pada seorang anak yang menjadi cahaya mata sebuah rumah tangga. Aku juga pernah bertanya kepada pensyarahku? Bagaimana sebenarnya seorang pensyarah berfikir?...

Ilmu ini insyaAllah tidak akan basi, insyaAllah bermanfaat untuk diri sendiri bila punya rumahtangga nanti. Sedikit garapan hasil pembacaan ku pada sebuah buku.



lompat Sang Kancil mengira buaya,
gambar google

"Cerdik", Bukan Macam Sang Kancil


Siapa suka dengar cerita Sang Kancil?
Siapa yang pernah dengar cerita Sang Kancil menyeberang sungai?
Cerdikkan Sang Kancil?

Sang Kancil berkenan dengan buah rambutan di seberang sungai, 

sang kancil pun berfikir " Bagaimana aku ingin mendapatkan rambutan yang sedang ranum di seberang sana?
Maka, Sang Kancil pun menyeruh buaya untuk berbaris kerana ingin mengira jumlah buaya yang ada di dalam sungai tersebut. Sang Kancil pun melompat dari satu buaya ke satu buaya, akhirnya sampai ke seberang sungai. Kata Sang Kancil " hahaha.. padan muka kamu semua, sebenarnya saya mahu memakan buah rambutan ini!"

Sang Kancil Bijak? atau Sang Kancil Penipu?
Tanpa sedar cerita ini adalah cerita wajib yang ada di setiap pra-sekolah, bacaan umum anak-anak di awal usia mereka yang pada ketika ini sedang mencari identiti.
Anak-anak di suap dengan cerita Sang Kancil bijaksana, Sang Kancil pandai, Sang Kancil menyelesaikan masalah tetapi Sang Kancil sangat licik dan menipu.

Maka tidak hairan jika hari ini berapa ramai golongan yang berketerampilan bijaksana, pandai, menyelesaikan masalah, tapi menipu, licik dan memanipulatif masyarakat. Jenayah kolar putih kini pilihan golongan-golongan yang di angkat, menyembunyikan jenayah pada pangkat, mungkin inilah hasil acuan cerita Sang Kancil. Sang Kancil mungkin lebih baik kerana pada akhirnya mengaku kesalahan dan memberitahu bahawa dia telah menipu mangsanya.

Ibu bapa, anda sedar atau tidak, anda antara pembuat keputusan dalam memilih bahan bacaan anak-anak.

Wednesday 16 October 2013

"Penculikkan" ke Bumi Sintok

sengaja buat tajuk entri kali ini seperti melakukan jenayah berat.. hehehe...

Hari Raya AidilAdha

Maknanya hampir genap setahun blog ini diwujudkan(perlu diraihkan kah? tak perlu, cukup sekadar dimeriahkan dengan penulisan bermanfaat di dinding blog ini.. hehehe ^_^)

Kembali berhari raya...
Tahun ini tahun ke-4 beraya diperantaun..

Memilih bumi Sintok, bersama-sama Family Markas Siswa Siswi Islam Sabah(MARSIS) meraikan program Lambaian Hari Raya Korban 3.0 (LAMBAN 3.0) pada 10 Zulhijjah 1434.

Poster LAMBAN 3.0
LAMBANG adalah aktiviti tahunan MARSIS yang bertujuan mengumpulkan seluruh anak-anak Sabah yang tidak kembali ke Sabah bagi meraikan Hari Raya Korban di tanah Semenanjung.
Apa kaitan raya dengan kes "penculikkan"? hehehe

sahabat yang menjadi mangsa "penculikkkan" ke bumi Sintok

Musafir kali ini ditemani olah dua orang sahabat yang bersama-sama di Kolej Matrikulasi Labuan(KML) dan kini kami di kampus yang sama.

Berada dikampus lain a.k.a menjadi tetamu di kampus lain membawa kepada kebosanan bilamana kita tidak berkomunikasi dengan sahabat-sahabat lain. Tapi, memulakan bicara perkenalan(taa'ruf) dengan sahabat-sahabat lain diruang dapur masakan cukup mewarnakan pengalaman kali ini. 
Kebosanan itu dimatikan bilamana kita mula berkomunikasi. ^_^
“Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)


Menu-menu Jamuan Lamban mengikut sejarah-sejarah Lamban sebelum ini akan dimasak bersama-sama anak-anak Sabah iaitu makanan-makanan tradisi Sabah. Aku merasakan seperti berada di kedutaan Malaysia jika berada di laur negara, hehehe... berada di kedutaan Sabah, makan makanan tradisi di perantauan...
masak bersama menu-menu di atas
Muslimin

Muslimat

Mengikat Burasak 
masak-memasak
Pesanan sebelum kembali ke kampus :
"Kak Ros, ukhwahfillah abadan abada, insyaAllah"


alhamdulillah ^_^

#MARSIS bukan hanya untuk geng tudung labuh atau geng berkopian, tapi untuk semua, MARSIS DEKAT DI HATI


Tuesday 8 October 2013

Pelajar Tahun Akhir

Lebih kurang sebulan yang lalu memulakan sem baru sebagai pelajar tahun akhir pengkhususan Sains Matematik. Eh dah tahun akhir, rasa baru sahaja mendaftar diri (perasaan seperti itu biasa) hehehehe

Sem ini ambil subjek : 

Subjek sem 1, tahun 3
Sebenarnya sebelum ini ambil subjek ELECTRICITY AND MAGNETISM daripada Pusat Pengajian Fizik sebagai subjek teras tambahan. Tapi pagi tadi baru sahaja mendapat kebenaran daripada timbalan dekan untuk menukar subjek teras tambahan tersebut kepada subjek LOGIC & APPLICATION daripada Pusat Pengajian Sains Komputer. Masa fikir nak tukar dan bagi tahu dekat kawan-kawan yang ambil subjek fizik tu, dorang agak terkejut dan hairan, pelbagai respon dorang 

"Atin tanya sekali lagi, betul kah nak tukar ni? serius? apasal?"
"Eh,  betul kah ni, dah masuk minggu ke 4 dah ni..."

Akhirnya, hari ini, alhamdulillah dapat menukar subjek tersebut. Ada beberapa sebab kenapa aku mengambil keputusan menukar subjek tersebut:
  1. Merasakan tidak mampu untuk membawa subjek Fizik, rasa dah banyak yang lupa...huhuhu.. tak lestari langsung la ilmu aku ni..huhuhu
  2. Hari tu sembang dengan seorang Prof. dekat pusat pengajian aku, dia tawarkan untuk buat minor projek di bawah di sem hadapan, dan aku fikir mesti banyak menggunakan programing. Jadi  kalau ambil Logic, insyaAllah membantu.
  3. Pengkhususan aku tidak diwajibkan mengambil final year project. Jadi aku tidak terlibat di dalam proses membuat penyelidikan, sebab itu nak ambil pengalaman daripada minor projek yang akan datang.
  4. Hari itu jugak, terserempak senior-senior yang sambung master, tanya dekat dorang, dan dorang sangat galakkan ambil minor projek sebab berguna untuk master jika nak sambung belajar.
#tahun ni sebilik dengan junior tahun pertama... hehehe
#hari interaksi untuk super junior aku dah berlalu minggu lepas..
#esok ada test Real Analysis,test pertama untuk sem ini, doakan aku teman-teman....
#masa nak test baru ada idea nak tulis dekat dinding blog ini, dah berhabuk blog ini tidak di update

Junior-Junior Tahun 2

Sahabat-sahabat tahun 3, Aku jadi AJK KESELAMATAN



SENIOR-JUNIOR-SUPER JUNIOR

Wednesday 11 September 2013

hulur: aku,kamu,kami,dia mereka adalah pelakon

langit itu indah, sahabat





aku jatuh kau hulur tangan, 

aku nangis kau hulur semangat,  

aku gembira kau hulur peringatan, 

saat ku tak siap assigment kau hulur masa bersama bersengkang mata, 

saat tak print nota kau hulur nota untuk diphotostet, 

saat ku loading terhadap teori-teori matematik kau hulur tunjuk ajar, 

saat masuk waktu solat kau hulur ruang untuk solat berjemaah, 

saat ku lapar kau hulur bubur, 

saat ku dahaga kau hulur teh o ais, 

terima kasih






Friday 21 June 2013

Sebentuk Itu, Pelbagai Tafsirannya

bentuk yang pelbagai
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Setiap hari kita akan melihat pelbagai bentuk-bentuk,
Jam dinding berbentuk bulat,
Cermin berbentuk segi empat tepat,
Buku ada yang berbentuk bulat, segi empat tepat dan sebagainya
Perangai manusia juga hasil daripada bentuk didikan.

Namun sebentuk itu ingin diberi kepada SEBENTUK CINCIN

Ada apa dengan cincin?

Pada sebentuk cincin itulah lahir pelbagai tafsiran manusia, sehingga membawa kepada status si pemakai,

Jika di jari manis disarungkan, maka lahirlah tafsiran-tafsiran

Sudah bernikahkah? Tidak jemput pun..

Sudah bertunangkah? Jangan lupa panggil, kami pun mahu rasa nasi minyak..

Cerita pada zaman matrikulasi ku dan aku merasakan kisah ini masih terjadi ketika zaman menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi..
Aku bertanya kepada seorang sahabat mengenai cincin di jari manisnya, " Sudah orang ikat kah?". 
Sahabat tersebut menjawab "Wanita ini hatinya senang dibuai rasa indah-indah, Syaitan suka menjentikkan ke dalam hati angan-angan panjang, memakai cincin ini tanda aku belum bersedia untuk dipinang oleh mana-mana lelaki. Takut nanti ketika lamaran dalam keadaan belum bersedia itu datang, aku dibuai angan-angan kosong yang berpanjangan, aku bukan wanita yang kuat hatinya". 
Sebentuk cincin itu sebagai  langkah berjaga-jaga sahabatku...

Membaca kitab Syamail Muhammad s.a.w., Keperibadian Rasulullah karangan Imam al-Tirmizi ada dibincangkan mengenai Cincin  Rasulullah s.a.w. dan Cara Rasulullah s.a.w. mengenakan Cincin
Cincin Rasulullah s.a.w. :
Anas bin Malik meriwayatkan, maksudnya: " Cincin Rasulullah s.a.w. terbuat dari perak dan batu cincinnya berasal daripada Habsyi" (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

Cara Rasulullah s.a.w. Mengenakan Cincin:
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, bermaksud :" Rasulullah s.a.w. mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i, dan Ibnu Hibbani)

Memakai cincin itu sunnah apabila mengikut keperibadian Rasulullah s.a.w.

Cerita sebentuk cincin dengan keluargaku, mak cik saudara
Aku meminta untuk dibelikan sebentuk cincin "Tante(mak cik), kalau beli cincin ok kah?".
Jawab mak cik ku " Tidak perlu lah nak, nanti tiada lelaki yang mahu masuk meminang sebab ingat kau sudah ada orang lamar"
Jodoh bukan terletak pada sebentuk cincin, jika benar dan pasti lelaki/wanita itu berjodoh, insyaAllah perancangan Allah yang terbaik, pasti akan bersatu dua insan itu di atas ijab dan qabul pernikahan.

Niat memakai cincin itu kerana Allah, tingkah laku memakai cincin itu perlulah hasil contoh akhlak Rasulullah s.a.w.

# hujung-hujung sidang begini, akan ada berita gembira pernikahan senior ^_^.. barakallah

berbentuk bulat hiasan jarinya
sebentuk cincin, pelbagai tafsirannya




Sunday 9 June 2013

PAKATAN

Pelajaran Lepas Yang Perlu Ditamatkan dan Di Praktikan
Tangan adik lelaki ku itu, jadi tangannya  bukan aurat,
suruh dia belajar menjahit juga,
lelaki pun kena tahu asas menjahit ya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Alhamdulillah minggu lepas adik-adik Lina dan Nani mula kuliah di Kolej Matrikulasi Labuan(KML). Lina senior kepada Nani, disebabkan tempoh pengajian Lina dua tahun, jadi Lina berbaki setahun lagi. Hujung minggu lepas, dorang SMS yang dorang keluar pergi bandar, mahu beli keperluan harian dan bayar yuran pengajian. Untung Nani, ada kak Lina yang boleh teman pergi bandar, boleh bawa jalan-jalan, masa kak Ros dengan kawan-kawan sahaja, memang perlu berdikari. Petang tu, Lina SMS :

LINA: Assalamualaikum kak, ada aku jumpa kain baju kurung yang cantik, harganya pun berpatutanlah.
Kak Ros: Waalaikumsalam, di mana? Kenapa, mahu buat baju kah? (masa ini aku fikir, airk, adikku ni, baru sahaja mula belajar, takkan nak tambah koleksi baju kuliah.... hehe.. intonasi pun garang) 
LINA: Eya, untuk raya...hehehehe 
Kak Ros: Amboi awalnya hahaha... kakak tengok dulu... 
LINA: hahaha... Cantik kainya... 
Kak Ros: JOM KONGSI DUIT BELI MESIN JAHIT, RAYA INI KITA JAHIT BAJU RAYA SENDIRI... ( tiba-tiba dapat idea untuk berpakat dengan adik-adik yang lain beli mesin jahit, maka cadangan pun diusulkan. Biasanya ibu bapa yang akan membeli kemudahan di rumah, tapi bagi aku....mungkin sebab aku ini kakak yang sulung, aku merasakan kami sepatutnya sentiasa belajar berdikari dan bersama-sama membuat sesuatu untuk manfaat ahli keluarga semua, bukan tunggu mak dan ayah suap kemudahan rumah sahaja, sebab itulah lahirnya cadangan membuat PAKATAN, aku juga mahu adik-adikku ini bersama-sama membuat keputusan, beri cadangan dan yakin diri mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikkan keluarga. Dengan itu lahirlah kemesraan dan nikmat manisnya ukhwah antara ahli keluarga dapat dirasakan bersama. Perlu untuk adik-adikku tahu "Hidup ini juga bererti perlu untuk MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN" )
LINA: Pandai kah kak? (amboi.. nak pertikaikan kebolehan kak ros la tu... sebenarnya, Lina tahu, aku tak mahir lagi menjahit, sebab pelajaran menjahit masa cuti sem lepas tidak tamat lagi..hehehe) 
Kak Ros:  Makanya, cuti sem ini sehingga ramadhan sambung belajar menjahit, hehehe.. 
LINA: Ow.. ya lah...

Ringkasan SMS aku dengan adik ku, Roslina...

Selepas habis minggu peperiksaan, insyaAllah akan bercuti semester dan balik ke kampung halaman. Alhamdulillah, rancangan sepanjang cuti semester telah direkodkan tetapi tertakluk pada perubahan. Dua bulan cuti, banyak kerja yang boleh dibuat, pengalaman berprogram di kampus perlu diaplikasi semasa cuti semester ini di medan masyarakat. Perlu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat di kampung halaman, usrah antara adik-adik remaja dan sekolah perlu disertai, pengalaman perlu di kongsi bersama. Buat ADIK-ADIKKU, kak Ros dah ada perancangan yang melibatkan kamu semua, bersedia untuk bersama-sama.... ^_^
Jadual Exam Sem 2012/2013

Sebelum itu, Doakan kak Ros diberi kejayaan dan ketenangan untuk peperiksaan yang akan ditempuh. Selalu ingatkan diri, 
"Ukhwah dan kemesraan antara ahli keluarga itu, semangat yg cukup ampuh"

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Surah At Tahrim, Ayat 6]