Friday 21 June 2013

Sebentuk Itu, Pelbagai Tafsirannya

bentuk yang pelbagai
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Setiap hari kita akan melihat pelbagai bentuk-bentuk,
Jam dinding berbentuk bulat,
Cermin berbentuk segi empat tepat,
Buku ada yang berbentuk bulat, segi empat tepat dan sebagainya
Perangai manusia juga hasil daripada bentuk didikan.

Namun sebentuk itu ingin diberi kepada SEBENTUK CINCIN

Ada apa dengan cincin?

Pada sebentuk cincin itulah lahir pelbagai tafsiran manusia, sehingga membawa kepada status si pemakai,

Jika di jari manis disarungkan, maka lahirlah tafsiran-tafsiran

Sudah bernikahkah? Tidak jemput pun..

Sudah bertunangkah? Jangan lupa panggil, kami pun mahu rasa nasi minyak..

Cerita pada zaman matrikulasi ku dan aku merasakan kisah ini masih terjadi ketika zaman menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi..
Aku bertanya kepada seorang sahabat mengenai cincin di jari manisnya, " Sudah orang ikat kah?". 
Sahabat tersebut menjawab "Wanita ini hatinya senang dibuai rasa indah-indah, Syaitan suka menjentikkan ke dalam hati angan-angan panjang, memakai cincin ini tanda aku belum bersedia untuk dipinang oleh mana-mana lelaki. Takut nanti ketika lamaran dalam keadaan belum bersedia itu datang, aku dibuai angan-angan kosong yang berpanjangan, aku bukan wanita yang kuat hatinya". 
Sebentuk cincin itu sebagai  langkah berjaga-jaga sahabatku...

Membaca kitab Syamail Muhammad s.a.w., Keperibadian Rasulullah karangan Imam al-Tirmizi ada dibincangkan mengenai Cincin  Rasulullah s.a.w. dan Cara Rasulullah s.a.w. mengenakan Cincin
Cincin Rasulullah s.a.w. :
Anas bin Malik meriwayatkan, maksudnya: " Cincin Rasulullah s.a.w. terbuat dari perak dan batu cincinnya berasal daripada Habsyi" (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

Cara Rasulullah s.a.w. Mengenakan Cincin:
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, bermaksud :" Rasulullah s.a.w. mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i, dan Ibnu Hibbani)

Memakai cincin itu sunnah apabila mengikut keperibadian Rasulullah s.a.w.

Cerita sebentuk cincin dengan keluargaku, mak cik saudara
Aku meminta untuk dibelikan sebentuk cincin "Tante(mak cik), kalau beli cincin ok kah?".
Jawab mak cik ku " Tidak perlu lah nak, nanti tiada lelaki yang mahu masuk meminang sebab ingat kau sudah ada orang lamar"
Jodoh bukan terletak pada sebentuk cincin, jika benar dan pasti lelaki/wanita itu berjodoh, insyaAllah perancangan Allah yang terbaik, pasti akan bersatu dua insan itu di atas ijab dan qabul pernikahan.

Niat memakai cincin itu kerana Allah, tingkah laku memakai cincin itu perlulah hasil contoh akhlak Rasulullah s.a.w.

# hujung-hujung sidang begini, akan ada berita gembira pernikahan senior ^_^.. barakallah

berbentuk bulat hiasan jarinya
sebentuk cincin, pelbagai tafsirannya




Sunday 9 June 2013

PAKATAN

Pelajaran Lepas Yang Perlu Ditamatkan dan Di Praktikan
Tangan adik lelaki ku itu, jadi tangannya  bukan aurat,
suruh dia belajar menjahit juga,
lelaki pun kena tahu asas menjahit ya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Alhamdulillah minggu lepas adik-adik Lina dan Nani mula kuliah di Kolej Matrikulasi Labuan(KML). Lina senior kepada Nani, disebabkan tempoh pengajian Lina dua tahun, jadi Lina berbaki setahun lagi. Hujung minggu lepas, dorang SMS yang dorang keluar pergi bandar, mahu beli keperluan harian dan bayar yuran pengajian. Untung Nani, ada kak Lina yang boleh teman pergi bandar, boleh bawa jalan-jalan, masa kak Ros dengan kawan-kawan sahaja, memang perlu berdikari. Petang tu, Lina SMS :

LINA: Assalamualaikum kak, ada aku jumpa kain baju kurung yang cantik, harganya pun berpatutanlah.
Kak Ros: Waalaikumsalam, di mana? Kenapa, mahu buat baju kah? (masa ini aku fikir, airk, adikku ni, baru sahaja mula belajar, takkan nak tambah koleksi baju kuliah.... hehe.. intonasi pun garang) 
LINA: Eya, untuk raya...hehehehe 
Kak Ros: Amboi awalnya hahaha... kakak tengok dulu... 
LINA: hahaha... Cantik kainya... 
Kak Ros: JOM KONGSI DUIT BELI MESIN JAHIT, RAYA INI KITA JAHIT BAJU RAYA SENDIRI... ( tiba-tiba dapat idea untuk berpakat dengan adik-adik yang lain beli mesin jahit, maka cadangan pun diusulkan. Biasanya ibu bapa yang akan membeli kemudahan di rumah, tapi bagi aku....mungkin sebab aku ini kakak yang sulung, aku merasakan kami sepatutnya sentiasa belajar berdikari dan bersama-sama membuat sesuatu untuk manfaat ahli keluarga semua, bukan tunggu mak dan ayah suap kemudahan rumah sahaja, sebab itulah lahirnya cadangan membuat PAKATAN, aku juga mahu adik-adikku ini bersama-sama membuat keputusan, beri cadangan dan yakin diri mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikkan keluarga. Dengan itu lahirlah kemesraan dan nikmat manisnya ukhwah antara ahli keluarga dapat dirasakan bersama. Perlu untuk adik-adikku tahu "Hidup ini juga bererti perlu untuk MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN" )
LINA: Pandai kah kak? (amboi.. nak pertikaikan kebolehan kak ros la tu... sebenarnya, Lina tahu, aku tak mahir lagi menjahit, sebab pelajaran menjahit masa cuti sem lepas tidak tamat lagi..hehehe) 
Kak Ros:  Makanya, cuti sem ini sehingga ramadhan sambung belajar menjahit, hehehe.. 
LINA: Ow.. ya lah...

Ringkasan SMS aku dengan adik ku, Roslina...

Selepas habis minggu peperiksaan, insyaAllah akan bercuti semester dan balik ke kampung halaman. Alhamdulillah, rancangan sepanjang cuti semester telah direkodkan tetapi tertakluk pada perubahan. Dua bulan cuti, banyak kerja yang boleh dibuat, pengalaman berprogram di kampus perlu diaplikasi semasa cuti semester ini di medan masyarakat. Perlu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat di kampung halaman, usrah antara adik-adik remaja dan sekolah perlu disertai, pengalaman perlu di kongsi bersama. Buat ADIK-ADIKKU, kak Ros dah ada perancangan yang melibatkan kamu semua, bersedia untuk bersama-sama.... ^_^
Jadual Exam Sem 2012/2013

Sebelum itu, Doakan kak Ros diberi kejayaan dan ketenangan untuk peperiksaan yang akan ditempuh. Selalu ingatkan diri, 
"Ukhwah dan kemesraan antara ahli keluarga itu, semangat yg cukup ampuh"

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Surah At Tahrim, Ayat 6]