Tuesday 10 December 2013

Anak-anak acuan cerita Sang Kancil

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Sejak akhir-akhir ini banyak masa diluangkan dengan membaca buku-buku keibubapaan. Ilmu keibubapaan berdasarkan pengalaman manusia lain mencelikkan aku dan meletakkan aku untuk berfikir dari sudut minda seorang ibu. Pasti ada yang hairan, kenapa baca buku keibubapaan? Sudah ingin berumahtangga ke?

Aduh, jika kita ingin memainkan peranan sebagai seorang anak dengan cemerlang, pandangan aku kita juga perlu melihat dan berfikir dari sudut pandang seorang ibu dan ayah, mengkaji apa sebenarnya harapan ibu dan ayah pada seorang anak yang menjadi cahaya mata sebuah rumah tangga. Aku juga pernah bertanya kepada pensyarahku? Bagaimana sebenarnya seorang pensyarah berfikir?...

Ilmu ini insyaAllah tidak akan basi, insyaAllah bermanfaat untuk diri sendiri bila punya rumahtangga nanti. Sedikit garapan hasil pembacaan ku pada sebuah buku.



lompat Sang Kancil mengira buaya,
gambar google

"Cerdik", Bukan Macam Sang Kancil


Siapa suka dengar cerita Sang Kancil?
Siapa yang pernah dengar cerita Sang Kancil menyeberang sungai?
Cerdikkan Sang Kancil?

Sang Kancil berkenan dengan buah rambutan di seberang sungai, 

sang kancil pun berfikir " Bagaimana aku ingin mendapatkan rambutan yang sedang ranum di seberang sana?
Maka, Sang Kancil pun menyeruh buaya untuk berbaris kerana ingin mengira jumlah buaya yang ada di dalam sungai tersebut. Sang Kancil pun melompat dari satu buaya ke satu buaya, akhirnya sampai ke seberang sungai. Kata Sang Kancil " hahaha.. padan muka kamu semua, sebenarnya saya mahu memakan buah rambutan ini!"

Sang Kancil Bijak? atau Sang Kancil Penipu?
Tanpa sedar cerita ini adalah cerita wajib yang ada di setiap pra-sekolah, bacaan umum anak-anak di awal usia mereka yang pada ketika ini sedang mencari identiti.
Anak-anak di suap dengan cerita Sang Kancil bijaksana, Sang Kancil pandai, Sang Kancil menyelesaikan masalah tetapi Sang Kancil sangat licik dan menipu.

Maka tidak hairan jika hari ini berapa ramai golongan yang berketerampilan bijaksana, pandai, menyelesaikan masalah, tapi menipu, licik dan memanipulatif masyarakat. Jenayah kolar putih kini pilihan golongan-golongan yang di angkat, menyembunyikan jenayah pada pangkat, mungkin inilah hasil acuan cerita Sang Kancil. Sang Kancil mungkin lebih baik kerana pada akhirnya mengaku kesalahan dan memberitahu bahawa dia telah menipu mangsanya.

Ibu bapa, anda sedar atau tidak, anda antara pembuat keputusan dalam memilih bahan bacaan anak-anak.