Friday 21 June 2013

Sebentuk Itu, Pelbagai Tafsirannya

bentuk yang pelbagai
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Setiap hari kita akan melihat pelbagai bentuk-bentuk,
Jam dinding berbentuk bulat,
Cermin berbentuk segi empat tepat,
Buku ada yang berbentuk bulat, segi empat tepat dan sebagainya
Perangai manusia juga hasil daripada bentuk didikan.

Namun sebentuk itu ingin diberi kepada SEBENTUK CINCIN

Ada apa dengan cincin?

Pada sebentuk cincin itulah lahir pelbagai tafsiran manusia, sehingga membawa kepada status si pemakai,

Jika di jari manis disarungkan, maka lahirlah tafsiran-tafsiran

Sudah bernikahkah? Tidak jemput pun..

Sudah bertunangkah? Jangan lupa panggil, kami pun mahu rasa nasi minyak..

Cerita pada zaman matrikulasi ku dan aku merasakan kisah ini masih terjadi ketika zaman menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi..
Aku bertanya kepada seorang sahabat mengenai cincin di jari manisnya, " Sudah orang ikat kah?". 
Sahabat tersebut menjawab "Wanita ini hatinya senang dibuai rasa indah-indah, Syaitan suka menjentikkan ke dalam hati angan-angan panjang, memakai cincin ini tanda aku belum bersedia untuk dipinang oleh mana-mana lelaki. Takut nanti ketika lamaran dalam keadaan belum bersedia itu datang, aku dibuai angan-angan kosong yang berpanjangan, aku bukan wanita yang kuat hatinya". 
Sebentuk cincin itu sebagai  langkah berjaga-jaga sahabatku...

Membaca kitab Syamail Muhammad s.a.w., Keperibadian Rasulullah karangan Imam al-Tirmizi ada dibincangkan mengenai Cincin  Rasulullah s.a.w. dan Cara Rasulullah s.a.w. mengenakan Cincin
Cincin Rasulullah s.a.w. :
Anas bin Malik meriwayatkan, maksudnya: " Cincin Rasulullah s.a.w. terbuat dari perak dan batu cincinnya berasal daripada Habsyi" (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

Cara Rasulullah s.a.w. Mengenakan Cincin:
Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, bermaksud :" Rasulullah s.a.w. mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i, dan Ibnu Hibbani)

Memakai cincin itu sunnah apabila mengikut keperibadian Rasulullah s.a.w.

Cerita sebentuk cincin dengan keluargaku, mak cik saudara
Aku meminta untuk dibelikan sebentuk cincin "Tante(mak cik), kalau beli cincin ok kah?".
Jawab mak cik ku " Tidak perlu lah nak, nanti tiada lelaki yang mahu masuk meminang sebab ingat kau sudah ada orang lamar"
Jodoh bukan terletak pada sebentuk cincin, jika benar dan pasti lelaki/wanita itu berjodoh, insyaAllah perancangan Allah yang terbaik, pasti akan bersatu dua insan itu di atas ijab dan qabul pernikahan.

Niat memakai cincin itu kerana Allah, tingkah laku memakai cincin itu perlulah hasil contoh akhlak Rasulullah s.a.w.

# hujung-hujung sidang begini, akan ada berita gembira pernikahan senior ^_^.. barakallah

berbentuk bulat hiasan jarinya
sebentuk cincin, pelbagai tafsirannya




No comments:

Post a Comment