Thursday 22 November 2012

angle, θ

aku ke walimatulurus kakak kepada sahabat ku

9 Muharam 1434H

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....

Rutin kehidupan ku sebagai mahasiswi....

oleh kerana aku tinggal di desasiswa luar kampus... dipisahkan dengan jalan raya sahaja

maka setiap kali nak masuk dan keluar kampus...

aku akan melalui jejantas yang menghubungkan kompleks desa penginapanku dan kampus pengajianku...

sedikit cerita menaiki jejantas....

Masa tu... tengah hari

kelas Matematik dibatalkan...

jadi kami ( aku dan 2 orang kawan ku) nak balik bilik sebab kelas seterusnya 3 jam kemudian...

untuk sampai di seberang (dari dalam kampus ke kompleks desa)

kami kena menaiki jejantas...

mendaki dan mendaki jejantas...
menaiki tangga.... 

sampai di atas ( atas jalan raya, jejantas )

penat.....

aku pun timbulkan persoalan...

" semasa kita menaiki tangga, kita akan bengkokkan lututkan?"
" jadi, adakah angle bukaan lutut kita ni mempengaruhi lutut kita untuk bengkok?"
" kalau semakin luas angle tu, kita semakin cepat penat tak?" 


dorang pun gelak...aku pun gelak sama, hehehe ^^V

ya la...
naik jejantas pun sempat lagi nak buat experiment...

macam pelajar Biology....

tapi nak tunjukkan yang Matematik berkaitan dengan pelbagai perkara...

tak dapat dinanfikan yang

Matematik telah memudahkan ahli-ahli  kajihayat, fizik, kimia dan pelbagai bidang lain untuk menjalankan kajian...

Subjek Statistics yang aku ambil sekarang pun memerlukan untuk kami mahir dalam menganalisis maklumat atau data...

aku cuba jugak cari kat google..

kalau-kalau dah ada orang yang kaji mengenai ini...

tapi tak dapat cari...

kalau tak

boleh  la aku kongsi kajian tersebut....

Imam al-Syafi’i pernah berkata, 
“barang siapa mempelajari matematik, panjanglah akalnya”

dan

 Imam al-Ghazali pula menyebut,
 “barang siapa yang tidak mengetahui mantik, jangan dipercayai ilmunya”. 
Mantik adalah satu unsur matematik yang penting. 

~~kotak minda pelajar Matematik, 5 minggu sebelum exam









Monday 5 November 2012

Tiket: oh tiket




gambar ini hasil carian di laman sewawang



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Minggu ini hari-hari ku di isi dengan menyiapkan segala assignment subjek-subjek yang aku ambil sem ini...

Minggu ini juga aku mempersiapkan diri untuk membentangkan tugasan pembentanganku...

Minggu ini juga aku mempersiapkan diri untuk menghadapi suatu persidangan...

Jadi

Minggu ini aku perlu banyak buat kajian...

salah satu kajian ku adalah menapakkan "engine" carian ke laman web syarikat penerbangan...

Ya minggu ini aku melihat status kawan-kawan senegeriku,,,,

"alhamdulillah.. dah beli tiket balik cuti sem".....

kawan senegeri, sekos,sesubjek, sedesa, searas pun bagi tahu yang dia dah beli tiket balik...

AKU....

Hari tu ayah telefon.. ayah kata

cuti sem nanti balik la.. 

Cukup rindu dengan ahli-ahli rumahku...

Telefon dan alam maya pengubat rindu...

Minggu ku yang ku kira agak padat dengan hal-hal berkaitan ini...

 ku curi sedikit masa (padahal tak lama mana pun) untuk menjeguk-jenguk di laman syarikat penerbangan...

Oh...

Dengan harga tiket yang agak tinggi... dan tambah aku yang terlibat dengan hal-hal  transit-transit penerbangan(kena naik dua kali penerbangan baru sampai dekat kampung) lagi la bertambah-tambah kos...

tiket oh tiket,,,

aku perlu pertimbangkan bajet, jadual peperiksaan, jadual penerbangan, jadual-jadual aktiviti cutiku...

Proses nak tempah tu pun memang agak memeningkan ku,, nak pertimbangkan jadual penerbangan, tempat berlepas, masa berlepas,, tambah-tambah penumpang macam aku ni yang kena trasit,,,

memang kena teliti la, nak elakkan terjadi tiket "BURN"... rugi...

Aku tangguhkan  hal-hal tiket-tiket ku dulu... fokus dengan kerja-kerja yang lebih penting untuk minggu ini...

Ya...

aku berharap dan menantikan promosi-promosi untuk penerbangan pulang bercuti sem ini...

Minggu ini seminggu sebelum cuti pertengahan semester...



status: AKU BELUM BELI TIKET LAGI...





10 Muwasofat Tarbiyyah
   jom layan video ni...
...semoga bermanfaat...