Saturday, 27 October 2012

Eidul Adha: Tahun ke-3 Beraya di Perantauan...

Menjadi tetamu Allah di Masjid al-Malik Khalid



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi nikmat akal fikiran, tubuh badan, emosi dan rohani yang sihat...

Surah Ar-Rahman ayat 13
" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "
banyak kali ALLAH nyatakan dalam Surah Ar-Rahman...

menganalisis kembali diri sendiri...

 aku motivasikan  diri untuk terus bersyukur...


Berbalik kepada cerita rayaku di perantauan...


Tahun Pertama : 


Ketika ini, pertama kali aku berpisah dengan keluarga menyambut Eidul Adha di perantauan..

ini adalah Zaman Matrikulasi ku...

Tapi...

Raya ku,
ku sambut di Hospital..

Aku telah dimasukkan ke dalam wad seminggu selepas pulang dari kampung halaman untuk Cuti semester, seminggu sebelum hari Raya Eidul Adha, dan seminggu ditahan di wad... tak perlu aku maklumkan aku sakit apa..

Seminggu di wad..

Di hadapan katil ku... seorang nenek tua yang lumpuh, keluarganya sering datang melawat..
Kadang-kadang anak nenek tu belikan aku biskut dan berbual-bual dengan aku...
Dia simpati dengan aku sebab tiada sesiapa pun yang melawat ku sepanjang aku diwad..
Aku pun cakaplah..
Aku pelajar...
Keluarga ku jauh ( kena naik bas 8 jam dan naik feri 3 jam perjalanan dari rumahku)
Sahabat-sahabat.. mereka datang semasa hari Sabtu sebab kebetulan masa tu kami pelajar matrikulasi akan menduduki MUET..

Aku..

Aku ambil exam MUET di hospital, Listening, Reading and Writing Test semua aku ambil di hospital..

Seminggu ini aku lalui dengan cukup berdikari..
aku banyak belajar melalui penglihatan, pendengaran dan hati..
Kasih saya seorang anak untuk seorang ibu tua, salam kerisauan keluargaku di kampung halaman, melihat dihadapan mata  ku saat-saat kecemasan menghadapi pesakit yang mempunyai sakit paru-paru berair,  berkawan dengan kakak-kakak jururawat yang sedang praktikal, setiap pagi darahku diambil untuk dihantar ke makmal, di X-ray,  Majalah Solusi bahan bacaanku, ditemani jururawat yang  tak pulang beraya, dan Si anak kecil yang manja dan sabar di wad kanak-kanak..makanan hospital yang menjadi makanan sarapan, tengah hari, petang dan malam.

Aku dibenarkan keluar dari wad selepas umat Islam solat Sunat Eidul Adha. Ketika aku sampai di kolej ku, sahabat-sahabat sematrikku sedang sibuk membuat persiapan untuk jamuan hari Raya Eidul Adha, melihatku ada yang bertanya khabarku,

alhamdulillah seekor lembu tumbang...

Kini selepas istiqamah menjalani pemeriksaan.. alhamdulillah dr. kata aku dah ok..


Tahun Ke-2:

Kali ini alhamdulillah aku kini bergelar mahasisiwi..
Raya pertama ku sebagai mahasiswi.. jarak perjalanan kampung ku ke tempat pengajian ku  semakin jauh..
Aku kena menaiki 2 kali penerbangan...

Jadi cuti raya yang singkat ini aku tak pulang. Seorang sahabat  mengajakku beraya di kampung halamannya. Keluarganya sangat mesra.. aku dijamu dengan pelbagai juadah. Adik-adiknya yang lebih kurang sebaya dengan adik-adikku membuatkan aku rindu akan keluargaku. Rayaku di isi dengan perjalanan melihat kehijauan jelapang padi.
aku belajar membuat laksa, kuih raya, dan kami sempat pergi berkelah di air terjun..


Tahun ke-3: 

Aku masih meneruskan pengajianku sebagai mahasiswi dan kini aku adalah  seorang senior..
Cuti raya ku kali ini cukup pendek hanya 3 hari..
Oleh itu, aku dan sahabat-sahabat senegeri ku yang lain  mengambil keputusan untuk beraya di kampus sahaja..

Seawal pukul 4.30 pagi..

Ayahku telefon kejutkan untuk bangun subuh dan bersiap-siap pergi menunaikan solat sunat Eidul Adha..
ayah di sini Subuh bermula pukul 5.47 am, dan solat sunat bermula 8.30 am..
Berbual dengan ayah.. orang rumah sedang sibuk membuat persiapan.. kedengaran jauh di corong telefon suara riang adik ku yang berusia 5 tahun..

Juadah raya ku ialah roti Gardenia..









~ rakaman hari raya  ~
Salam Eidul Adha dan Salam Kemaafan







1 comment:

  1. kakak,,sedihnye baca entry kakak,,pengalaman hidup mengajar manusia tentang kehidupan

    ReplyDelete