Monday 5 November 2012

Tiket: oh tiket




gambar ini hasil carian di laman sewawang



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

Minggu ini hari-hari ku di isi dengan menyiapkan segala assignment subjek-subjek yang aku ambil sem ini...

Minggu ini juga aku mempersiapkan diri untuk membentangkan tugasan pembentanganku...

Minggu ini juga aku mempersiapkan diri untuk menghadapi suatu persidangan...

Jadi

Minggu ini aku perlu banyak buat kajian...

salah satu kajian ku adalah menapakkan "engine" carian ke laman web syarikat penerbangan...

Ya minggu ini aku melihat status kawan-kawan senegeriku,,,,

"alhamdulillah.. dah beli tiket balik cuti sem".....

kawan senegeri, sekos,sesubjek, sedesa, searas pun bagi tahu yang dia dah beli tiket balik...

AKU....

Hari tu ayah telefon.. ayah kata

cuti sem nanti balik la.. 

Cukup rindu dengan ahli-ahli rumahku...

Telefon dan alam maya pengubat rindu...

Minggu ku yang ku kira agak padat dengan hal-hal berkaitan ini...

 ku curi sedikit masa (padahal tak lama mana pun) untuk menjeguk-jenguk di laman syarikat penerbangan...

Oh...

Dengan harga tiket yang agak tinggi... dan tambah aku yang terlibat dengan hal-hal  transit-transit penerbangan(kena naik dua kali penerbangan baru sampai dekat kampung) lagi la bertambah-tambah kos...

tiket oh tiket,,,

aku perlu pertimbangkan bajet, jadual peperiksaan, jadual penerbangan, jadual-jadual aktiviti cutiku...

Proses nak tempah tu pun memang agak memeningkan ku,, nak pertimbangkan jadual penerbangan, tempat berlepas, masa berlepas,, tambah-tambah penumpang macam aku ni yang kena trasit,,,

memang kena teliti la, nak elakkan terjadi tiket "BURN"... rugi...

Aku tangguhkan  hal-hal tiket-tiket ku dulu... fokus dengan kerja-kerja yang lebih penting untuk minggu ini...

Ya...

aku berharap dan menantikan promosi-promosi untuk penerbangan pulang bercuti sem ini...

Minggu ini seminggu sebelum cuti pertengahan semester...



status: AKU BELUM BELI TIKET LAGI...





10 Muwasofat Tarbiyyah
   jom layan video ni...
...semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment