Thursday 25 October 2012

Saat Ini : Detik Permulaan

Gambar ini diambil semasa Hari Interaksi Pusat Pengajian ku

Bismillahirrahmanirrahim...

9 DZulhijjah 1433 H.


Permulaan penulisan ku ini mungkin molek aku perkenalkan diri..


Seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam 


mengambil jurusan Sains Metematik Tulen



Hari ini kampus ku cukup lengang..


Sunyi...


Sepi..


Hari ini sahaja, aku hanya ada satu kelas tutor Pengajian Islam (sebagai minor) 


Kelas tutor ku ini akan diisi dengan pembentangan mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh pensyarahku..


Hari ini sahabat setutorku membentangkan tajuk pilihannya,, 


aku...

giliranku 2 minggu dari sekarang..

Ya.. 


berbalik kesepian hari ini..


Kampusku lengang kerana esok, sabtu dan ahad adalah hari cuti bersempena HARI RAYA AIDILADHA..


Jadi berduyun-duyun sahabatku balik kampung..


Semalam seorang sahabatku dah balik kampung di Kuala Selangor..

Hari ini.. 
Tiga orang sahabatku  lagi balik Negeri Sembilan, Terangganu, dan Kedah..

Aku..


Aku tak balik kampung cuti raya ni..


Tinggal kat Kampus sahaja.. 


Bersama-sama sahabat-sahabat senegeri ku yang lain,,,


Cuti ini ku isi dengan menyiapkan segala kerja-kerja ku yang tergendala sepanjang 2 minggu yang lalu,,


Assignment Matlab, Engineering Computation, kertas-kertas kerja, Slide pembentangan, tutorial..


Aku lebih suka akan kesibukkan kerana masaku dapat ku hargai..

walaupun kadang-kadang sangat tertekan dengan sesetangah situasi.

Hujung minggu ini persatuan anak negeriku mengadakan jamuan hari haya, dan minggu hadapan pusat pengajian ku juga mengadakan jamuan hari raya..


Saat ini rindu akan suasana rumah..


Rindu masakan masakan mak seperti Buras dan  Ayam masak lengkuas..


Adik ku yang belajar di matrik  pun tak balik rumah sebab minggu depan dia exam..


Jadi rumahku saat ini diceriakan dengan seorang adik perempuan ku dan 2 orang adik lelaki ku..


Tadi sempat berbual dengan ayah (melalui corong telefon)


Ayah kata mak dah mula masak buras dan persiapan kelengkapan yang lain.. 


tahun ni dah 3 kali tak balik Raya Adiladha.. 


pengorbanan menuntut ilmu..




Ada apa pada Hari ini..




*ya.. Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa sunat hari ini..







No comments:

Post a Comment