Pelajaran Lepas Yang Perlu Ditamatkan dan Di Praktikan Tangan adik lelaki ku itu, jadi tangannya bukan aurat, suruh dia belajar menjahit juga, lelaki pun kena tahu asas menjahit ya... |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih
Alhamdulillah minggu lepas adik-adik Lina dan Nani mula kuliah di Kolej Matrikulasi Labuan(KML). Lina senior kepada Nani, disebabkan tempoh pengajian Lina dua tahun, jadi Lina berbaki setahun lagi. Hujung minggu lepas, dorang SMS yang dorang keluar pergi bandar, mahu beli keperluan harian dan bayar yuran pengajian. Untung Nani, ada kak Lina yang boleh teman pergi bandar, boleh bawa jalan-jalan, masa kak Ros dengan kawan-kawan sahaja, memang perlu berdikari. Petang tu, Lina SMS :
LINA: Assalamualaikum kak, ada aku jumpa kain baju kurung yang cantik, harganya pun berpatutanlah.
Kak Ros: Waalaikumsalam, di mana? Kenapa, mahu buat baju kah? (masa ini aku fikir, airk, adikku ni, baru sahaja mula belajar, takkan nak tambah koleksi baju kuliah.... hehe.. intonasi pun garang)
LINA: Eya, untuk raya...hehehehe
Kak Ros: Amboi awalnya hahaha... kakak tengok dulu...
LINA: hahaha... Cantik kainya...
Kak Ros: JOM KONGSI DUIT BELI MESIN JAHIT, RAYA INI KITA JAHIT BAJU RAYA SENDIRI... ( tiba-tiba dapat idea untuk berpakat dengan adik-adik yang lain beli mesin jahit, maka cadangan pun diusulkan. Biasanya ibu bapa yang akan membeli kemudahan di rumah, tapi bagi aku....mungkin sebab aku ini kakak yang sulung, aku merasakan kami sepatutnya sentiasa belajar berdikari dan bersama-sama membuat sesuatu untuk manfaat ahli keluarga semua, bukan tunggu mak dan ayah suap kemudahan rumah sahaja, sebab itulah lahirnya cadangan membuat PAKATAN, aku juga mahu adik-adikku ini bersama-sama membuat keputusan, beri cadangan dan yakin diri mampu menyumbang sesuatu untuk kebaikkan keluarga. Dengan itu lahirlah kemesraan dan nikmat manisnya ukhwah antara ahli keluarga dapat dirasakan bersama. Perlu untuk adik-adikku tahu "Hidup ini juga bererti perlu untuk MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN" )
LINA: Pandai kah kak? (amboi.. nak pertikaikan kebolehan kak ros la tu... sebenarnya, Lina tahu, aku tak mahir lagi menjahit, sebab pelajaran menjahit masa cuti sem lepas tidak tamat lagi..hehehe)
Kak Ros: Makanya, cuti sem ini sehingga ramadhan sambung belajar menjahit, hehehe..
LINA: Ow.. ya lah...
Ringkasan SMS aku dengan adik ku, Roslina...
Selepas habis minggu peperiksaan, insyaAllah akan bercuti semester dan balik ke kampung halaman. Alhamdulillah, rancangan sepanjang cuti semester telah direkodkan tetapi tertakluk pada perubahan. Dua bulan cuti, banyak kerja yang boleh dibuat, pengalaman berprogram di kampus perlu diaplikasi semasa cuti semester ini di medan masyarakat. Perlu untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat di kampung halaman, usrah antara adik-adik remaja dan sekolah perlu disertai, pengalaman perlu di kongsi bersama. Buat ADIK-ADIKKU, kak Ros dah ada perancangan yang melibatkan kamu semua, bersedia untuk bersama-sama.... ^_^
Jadual Exam Sem 2012/2013 |
Sebelum itu, Doakan kak Ros diberi kejayaan dan ketenangan untuk peperiksaan yang akan ditempuh. Selalu ingatkan diri,
Surah At Tahrim, Ayat 6]
nak baju satu ros hehe <3
ReplyDeletekalau dian pandai menjahit sebelumtamat ijazah.. tapi kain sediakn sendiri..hehehe..
Delete